Tuesday, June 16, 2009

kini ku hamil anak ke-5

alhamdulillah ..

kini kandungan ku sudah masuk bulan ke-4. Pada tarikh 14 Jun 2009 - saya bersama suami dan anak2 pergi ke Poliklinik Barakah di Bandar Puteri, nk buat scan perut. Anak2 ku terutama begitu xcited. Mereka teringin nak tau jantina bb dlm kandungan ku adakah B or G?... ermmm.. kalau diikutkan aku tak mau tahu awal2.. sbb risau ianya akan menganggu emosi aku sehingga ke akhir kandungan ini... Cuma apa yg aku harapkan diri ku dan bb ini dikurniakan kesihatan dan kewafiatan dan Allah permudahkan proses kelahiran ini apabila tiba saatnya nanti...

Kembali kpd citer di dalam klinik.. emm Doktor Khairiah bertanya pada anak2 ku nak B or G? anak2 ku menjawab nk B.... ermm doktor pun tgk la... scan pusing sana sini... tup..tup... Doktor stop sat... aku pun tenung kat skrin komputer scanner tu.. ermm.. tak tau la.. tu semua masih samar.. lepaih tu doktor kata it's possible B.. pe pun jgn berharap sgt.. kita scan lai bila kandungan dh besar nanti.. Masa ni anak2 aku tak berapa mendengar apa yg doktor kata dan mrk pun tak faham apa yg dilihat di skrin... apa yg dpt aku katakan kpd anak2 ku, sabar je la doktor kata tak tau lai.. kita doa sesama yer..

Walau camne pun aku kongsikan biter ini dgn hubby ku.. agak berbunga juga hati ku masa ini... ermm.. Ya Allah kurniakan aku anak yg soleh yg sihat dan sempurna sifatnya.. dan kurniakan aku dan suami ku keupayaan dan kekuatan utk memikul amanahMu ini... Amin..

-.....-

Thursday, February 12, 2009

berkat mengamalkan doa naik kenderaan

bismillah hirrohmanirrahim...

Subhannallazi saharolana haza wama kunna lahu mukkrini na wainna illa robbina lamun kolibun. bismilahi tawakkal tu 'alallah. lahaw la wala quwata illa billahil 'aliyul 'azim..

Alhamdulillah ku panjatkan ke hadrat Ilahi.. kerana pada hari ini Dia masih mengizinkan aku untuk bernafas lagi...

Mengimbau kembali perjalanan ku utk datang ke pejabat hari ini.. sewaktu di traffic light ni seksyen 18 s.alam.... aku langgar lampu merah, dh tu hampir2 nk bertembung dengan lori 1 tan.. alhamdulillah...

TERIMA KASIH ALLAH, KERANA MENGIZINKAN KU UTK TERUS MENJALANKAN AMANAH KU SBG PEKERJA, IBU , ISTERI , ANAK , DLL...

Monday, January 12, 2009

i'm back!!

berbulan-bulan-bulan lamanye saya meninggalkan persada blog ku ini..

terkini mengenai ku..
anak2 sudah 4 skrg ini.. kesemuanya puteri... yg sulung sudah masuk Tahun2, kedua sudah masuk Tahun1 dan yang ke-3 berada di Taski 6 tahun serta yg ke-4 berusia 1 tahun 9 bulan.

Alhamdulillah kami semua bahagia... duduk sebumbung bersama mak mertua ku... :)

Tuesday, May 16, 2006

akhirnya aku melanggar pantangku...menampar anak ku sendiri ...

pagi ini kak long , telah membuatkan saya hilang sabar.
Ntah syaitan mana yg telah merasuk ku , hingga ku sanggup
menampar anak kecil ku..

emm ..simpati ku padanya .. Pastinya dia merasa
sakit dan malu pada adik2nya.. AKu telah menamparnya dihadapan
adik2nya.. hemm...

dlm kereta untuk pergi ke rumah mak aku telah mencubitnya pula..
serasa waktu mencubitnya aku tak blh nk melepaskan cubitanku itu. Mesti
dia rasa sakit..

MAAFKAN UMMI ... wahai anakku..
ummi kena belajar bersabar lagi dgn karenah anak2 ummi..
sabar...sabar..
tak mahu aku menamparnya lagi.. tak mo biarkan syaitan
mentertawakan ku dgn apa yg aku lakukan kpd anak2ku

Monday, May 08, 2006

alhamdulillah.. TahNiAh!! aku berjaya sampai awal sedikit dari semalam.. OK bagus..bagus.teruskan usaha.. Kena berazam untuk mengatur masa ku dengan lebih baik lagi..

tidak salah kan, utk sentiasa berazam setiap masa dan ketika? tak semestinya menunggu masuk tahun baru...... 'Jadikan diri mu hari ini lebih baik dari semalam..' .. KIta insan hanya diberi peluang oleh Allah sebanyak 3 hari saja.. Semalam , hari ini , dan esok... 'Semalam' sudah berlalu usah dikenang , yg baik dijadikan teladan yang buruk jadikan sempadan, dan sentiasa berishtigfar, memohon ampun kepadaNya ... 'Hari ini' - kenyataan yg perlu ditempuhi dengan menjadikan hari ini YANG TERBAIK dari 'semalam'. 'Esok'- ketentuan yg belum kita ketahui... sama ada masih di izinkan olehNya untuk menghirup udara segarnya atau tidak.. dot...dot..dot...

Ya Allah aku mohon kepada MU , istiqamahkan lah hatiku agar sentiasa tetap di dalam melakukan perkara2 yang membawa kebaikan dan meninggalkan segala larangan Mu ...

tak sompek lai nk ceghita pasal konflik dlman yg aku alami sejak 2 menjak ni.. nak citer kat org takut tak blh simpan rahsia.. baik aku luahkan ke diari maya ku ini..

eem... nanti la kalau ada masa yg sedikit terluang akan ku curahkan kepada mu wahai diari maya ku......

.....to be continued...

Sunday, May 07, 2006

the history of UMMI0303..

i try to make it short...

'UMMI0303', why i choosed this username and also named my blog as 'ummi0303.blogspot.com'?

It is because ,
1st;
In year 2001 , i've got my first daughter , di ikuti pada tahun berikutnya 2002 , anak perempuan juga, juga 2003 perempuan lagi.. Yang kesemuanya comey2 belaka.. Alhamdulillah...

Jadi saya telah membiasakan dengan panggilan Ummi kepada anak2 ku , bagi suami ku pula , mereka perlu memanggil ayah. Dari situ datangnya 'UMMI'

2nd;

'03' - 3 anak perempuan , tercapai [checked]
'03' - 3 anak lelaki , sedang diusahakan ....

Tidak putus2 doa ku dan suami panjatkan ke hadrat Ilahi. Mudah-mudahan kami dikurniakan dengan cahaya mata berjantina lelaki ... Adakalanya terbit juga rasa kasihan di lubuk hati ku , melihat suami ku, sbbnya dia anak lelaki tunggal, dpt anak plak setakat ini pompuan semua.. Apapun aku perlu mendidik hati ini agar redha dengan setiap ketentuanNya.

3rd;
tak terlupa , yg menyumbang mengapa saya berminat meletakkan nama ummi...sbb saya pernah bersahabat dengan seorang sahabat yg bernama umi ......Sikap dan tingkah-lakunya menggamit diri ku untuk terus mengingatinya sbg sahabat yg benar2 baik... sehingga kini kami masih berhubung dan masih membahasakan diri sbg ummi (utknya) dan diri ku sbg angah ... terima kasih di atas persahabatan yg dihulurkan selama ini...*muahs!*

Thursday, May 04, 2006

Sayu..gembira..rasa bersalah.. rasa terpinggir..dsb

Pagi ini seblm memulakan tugasan harian di pejabat , aku akan membuka email sekadar ingin mengetahui berita terkini yg perlu diketahui berkenaan isu2 semasa di pejabat. Namun bila ku lihat 1 email dari rakan lama ku , rasa seronok sbb dia sudi membalas email ku... Dia ada memberikan link utk ke blognya..


Ku layari blog nya, dan di saat ini aku benar2 rasa sayu ...sbb ..sbb.. aku telah lama melupakan kawan...

jika dikenang, aku ni ada kawan sejati ker?? hentah la... ramai kawan, tapi bukan mereka yang menjauhkan diri , sebaliknya aku yg bertindak demikian.... Alasan yg biasa ku berikan , sibuk kerana menguruskan rumahtangga dan kerjaya.....

Kini hakikatnya blog2 sahabat lama ku (along, ummi, kak long nieza, etc) membuka mata ku...Betapa sukarnya mencari sahabat spt mereka itu..

Aku bukan la dikategorikan sbg org yg tidak pandai mencari kawan.. Sikap aku yg adakalanya gemar berjenaka, memudahkan org rapat dan mesra dgn ku.. Namun sikap aku sendiri yg tak pandai memelihara hubungan persahabatan ini menyebabkan kini aku seolah2 keseorangan... Suami, dan anak2 memang menggembirakan ku... tapi aku perlukan sahabat!!