Thursday, September 30, 2004

xcdent lagik! La haula wala quwataillahi billah

29 september 2004, jam +- 8:30 am aku terlibat dengan kemalangan kecil. Org melanggar kereta ku dari belakang. Terkejut dan tergamam aku dibuatnya. Alhamdulillah tak panik. Terus bagi signal ke kiri dan bergerak ke bahu jalan. Kalau aku tunggu kat situ gak, bertambah2 jem ler jalan KESAS tu yg sememangya sesak ari ini....

Alhamdulillah org tu tak la brutal sgt, dan dia admit salah dia.. dia bagi contact num + bisness card dia. 'Ketua penolong pengarah' bukan calang2 orgnya. Tapi aku tetap nak claim. Dia pun kata hntr bengkel , then bleh claim kat dia akan kos pembaikan.

Genap setahun aku xcident. Tahun lepas aku xcident gak , aku 'cium' bontot keta kancil, sebab kete depan aku brek mengejut. Tarikh masa tu 11/sept , sama tarikh WTC kena rempuh dek kapal terbang..

hihihihi... awat la aku ni.. pe2 pun alhamdulillah tiada yg cedera.. ada hikmah semuanya ni.

30 september 2004,
abe sayang aku dah contact org yg langgar aku. So confirm dia suruh hntr keta aku kat Azam bengkel kat Kanchong , Banting.

Abe sayang ku , saya minta maaf byk2. Bukan sekali saya berkelakuan begini, bukan niat saya meninggikan suara.

Aku kena ubah perangai le,byk bersabar dan lemah lembut dlm bertutur bicara.... apa yg tak kena sampai aku layan abe ku sebegitu sekali.. Sian dia... abe sayang kat aku...aku tahu.. Dia cintakan aku..aku tau..

Tuesday, September 28, 2004

today is my last Intermediate Class at UiTM SA

Alhamdulillah , i can finish my class.

Hari ini , sampai2 di office di SGS , UPM bekalan letrik tiada. Saya dan rakan2 bergelap dari pagi hingga la ke pukul 12:20 pm. Bos ada dtg menjengah sewaktu blackout, dan dia dah beri pelepasan kepada kami , bleh cuti sekiranya letrik tiada sehingga jam 12:30 pm. Tapi saya tak mahu pulang sbb rumah jauh , dan lagi pun jika dari rumah saya nak bertolak ke UiTM , saya tak pasti jalannya. Hi hi , nama jer orang selangor tapi kekok dgn jalan2 kat SA.

OK , tak bleh lama . Kena bertolak untuk ke UiTM , SA.

Monday, September 27, 2004

Welcome , my first posting

assalamualaikum

buat pertama kalinya saya menaip diari di alam cyber. Sblm ni , smmgnya saya suka menulis. Apa jua yang saya tempuhi setiap hari , suka , duka , kejayaan , percintaan , kekecewaan dsb akan tercatat di dalam diari yang tersimpan rapi di dalam simpanan di almari. Namun setelah meningkat dewasa dan memasuki alam pekerjaan, dgn kekangan masa membuatkan saya terlupa utk meneruskan habit saya itu.

Kemudian saja saya menaip lagi.. Hari ini perlu pulang awal sblm hari gelap.. Anak2 saya sentiasa berpesan kpd saya sewaktu saya bertolak utk ke tmpt kerja, 'Ummi!, hati2 bawa kereta, jangan balik malam2 ye!!'..

ok ..saya perlu pulang sekarang

wassalamualaikum